Amboi bukan main lagi Elfira Loy ye. Jika orang lain semua first car Kancil atau Myvi (jenis mini) Elfira Loy terus beli Mercedes Benz merah tau!
Jika selama ini ramai yang tahu Elfira lebih sanggup berjalan kaki daripada memandu kereta namun baru-baru ini dia telah mengejutkan orang ramai dengan menunjukan kereta terbarunya itu di Instagram.
“Blessed , hardwork of @el.elfiraloy paid off . Legit accomplishment, so happy ! THANK YOUUUU SEMUA , i love you muah muah #myfirstcar,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Nampaknya segala penat lelahnya berada di industri dan membuka cafe terbayar.
Seperti biasa, ramai yang mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan bersama di ruangan komen.
Malah, beberapa hari yang lepas, Elfira juga ada muat naik gambar yang sama di Insta Stories dengan menulis kapsyen…
“Yasss. Moga-moga tak langgar dinding, tak langgar side mirror orang,” tulisnya.
Buletin Malaysia juga tumpang gembira dengan Elfira kerana berjaya mencapai cita-cita untuk miliki kereta seperti itu.
Paling penting, jangan selfie sewaktu memandu dan apatah lagi buat perkara-perkara yang membahayakan keselamatan diri okay!