Vivy Yusof nafi ciplak idea tudung




Seorang model dan pereka fesyen mendakwa Vivy Yusof meniru idea rekaannya dengan menghasilkan koleksi tudung terbaru ‘The Artsy dUCk’.

Nia di Instagram berkata dua tahun lalu beliau menghasilkan rekaan tudung ‘Soonaru X SleepyStudio’, dan mendapati produk terbaru Vivy yang baru dilancarkan semalam “sangat mirip” dengan paternya.

Malah Nia mendakwa foto kempen dUCk juga hampir sama, dengan menampilkan model menggayakan produk tudung dalam studio seni sambil memegang papan cat warna.

“Dua tahun lalu saya menghasilkan skarf yang saya reka dan lakar hasil kolaborasi dengan Soonaru.

“Enam bulan saya bekerja keras bagi menghasilkannya. Dua tahun kemudian hari ini saya difahamkan dUCk mengeluarkan produk yang hampir sama,” kata Nia di Instastory.


Tambahnya sehingga kini tudung rekaannya didapati masih dijual dalam talian di stor jualan pakaian Fashion Valet milik Vivy.

Sementara itu Vivy di Instagramnya menafikan dakwaan itu, dan menjelaskan kumpulan perekanya menghasilkan idea sejak Jun 2018.

“Pereka saya di dUCk bekerja keras dan agak kecewa setiap kali kami dituduh meniru.

“Saya juga kecewa kerana koleksi ini bertujuan untuk membantu anak yatim.

“Saya tidak faham bagaimana orang lain boleh sebarkan kebencian sebegitu,” catatnya.



Post a Comment

Previous Post Next Post