Giliran Nur Sajat Nak Bagi RM5,000


Nur Sajat akan beri ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa yang dapat jumpa atau memberi maklumat mengenai dua orang gajinya yang melarikan diri.

ALAHAI... Dah macam bermusim pula kisah orang gaji mencuri di rumah jutawan kosmetik. Selepas Datuk Aliff Syukri, terbaru Datuk Nur Sajat pula menimpa malang yang sama.

Menerusi laman Instagram Nur Sajat Kamarul Zaman, 32, pada Khamis, dia telah memuatnaik foto dua orang orang gajinya yang dikatakan telah melarikan diri.

Malah usahawan itu juga sanggup menawarkan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada orang ramai yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya dua orang gajinya.

Kata Sajat, pembantu rumah dia itu telah melarikan barang berharga ketika mereka datang ke rumah ibunya yang terletak di Semenyih.


Foto yang dimuatnaik oleh Sajat pada Jumaat mendapat perhatian netizen. Foto Instagram @nursajat02.

"Amaran... minta tolong sangat-sangat orang gaji saya tadi larikan diri. Semalam mak saya bawa dua orang gaji saya balik kampung Semenyih untuk mengambil persiapan barangan untuk raya nanti dalam waktu tengahari.

"Mereka ada melarikan barangan berharga saya dan saya sangat terkilan. Kepada mereka yang menjumpai orang gaji saya ini, saya akan bagi ganjaran sebanyak RM 5, 000 setiap seorang. saya rasa mereka pun tak jauh lari dari area Semenyih (kawasan rumah mak saya).

"Jika anda dapat maklumat tentang ini, anda boleh call Pa saya sekarang. Kerjasama anda sangat di hargai," tulisnya.

Sajat memberitahu sehingga kini dua orang pembantu rumah tersebut masih belum dijumpai. Tambahnya, dia terkilan dengan perbuatan mereka yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri.


Orang gaji Sajat telah meninggalkan anak-anaknya di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Foto Instagram @nursajat02.

"Saya sedih dan terkilan dengan mereka berdua. Sepanjang hampir 10 bulan mereka bekerja di rumah saya layan seperti keluarga sendiri.

"Malah, saya juga ada beli baju raya untuk mereka.Tak sangka mereka sanggup buat begini pada saya dan anak-anak. Paling saya tak dapat nak terima, mereka boleh tinggalkan anak-anak saya dekat rumah berdua ketika mak saya keluar membeli ayam.

"Nasib baik mak saya balik cepat dan terus hubungi saya. Sehingga sekarang, mereka berdua belum lagi dijumpai," kata Sajat ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Menurut Sajat, Kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku padanya dan keluarga. Bahkan, perbuatan pembantu rumah sebelum ini lagi teruk daripada sekarang.


Wanita yang dikatakan telah menghancurkan penadol dan letak dalam susu anak-anak Sajat. Foto Instagram @nursajat02.

"Orang gaji sebelum ini pun pernah buat hal. Tapi lagi teruk dia pernah meletakkan ubat penadol dalam susu anak-anak saya sehingga mereka tidur tak sedarkan diri.

"Ketika itu, saya pulang ke rumah sekejap untuk bagi makanan kegemaran Syaza dan Syahmi iaitu sate, tapi saya pelik tengok keadaan mereka berdua tidur sampai tak sedarkan diri. Apabila saya cuba kejutkan, badan mereka lembik, tak bermaya.

"Saya tanya bibik cakap Syaza dan Syahmi tadi main-main penat sangat terus tidur. Rupanya dia telah hancurkan penadol dan letak dalam susu. Ya Allah, bayangkan panadol orang dewasa di berikan pada budak berusia 2 tahun.

"Selepas itu, dia larikan diri semasa saya sedang tidur. Betul la orang kata bibik dekat Malaysia ini pusing-pusing orang yang sama saja.

"Mereka kerja dengan kita, apabila dah buat hal pergi kerja dengan orang lain. Saya tak kisah jika nak ambil duit, tapi janganlah sampai sakitkan anak-anak saya," ujarnya.

Sajat mengambil keputusan untuk tidak mengambil pembantu rumah buat masa kini sementara dia masih lagi bercuti. Dia dan anak-anak menyambut hari raya di rumah ibunya yang terletak di Semenyih.

Terdahulu, kisah 'Bibik Pencuri' Aliff Syukri menjadi perhatian dan bualan netizen pada 14 Jun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post