Elizabeth Tan sudah bergelar isteri

Penyanyi Elizabeth Tan, 28, mengesahkan dia sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Siew Jim dalam satu majlis sederhana pagi semalam.

Majlis yang diadakan di Gombak, Selangor itu hanya dihadiri 10 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Saya minta maaf kerana tidak sempat berkongsi berita perkahwinan saya sebelum tular lebih awal. Memang saya bercadang ingin mengumumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Pada saya, ini hanya isu kecil, kerana itu saya tidak menghebohkan perkara ini dahulu kepada umum,” ujar Elizabeth atau lebih mesra digelar Lizzy.

Dia juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

Sebelum ini tular gambar dan video majlis perkahwinan Elizabeth Tan di media sosial yang dikongsi oleh bapanya, David Tan Suan Chew dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu.

David memuat naik sekeping foto di Facebook penyanyi itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Menerusi hantaran tersebut, David turut menulis kapsyen memaklumkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy adalah anak perempuan terakhir.

Selain itu, terdapat juga sekeping foto menunjukkan Lizzy bersama suaminya sedang menandatangani sesuatu dipercayai dokumen perkahwinan sambil disaksikan beberapa anggota keluarga.

Post a Comment

Previous Post Next Post