Michael Ang Tak mahu pergi Makkah untuk bergambar saja




Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mahu mendalami ilmu agama Islam, belajar membaca al-Quran dan membetulkan bacaan dalam solat dulu sebelum berangkat ke Makkah bagi menunaikan Umrah.

Michael berkata, 43, dia memang menyimpan impian mahu ke Makkah untuk mengerjakan Umrah satu hari nanti.

“Saya hanya akan ke sana apabila sudah betul-betul bersedia. Saya mahu mendalami Islam dan belajar membawa al-Quran dan membetulkan bacaan dalam solat.

“Saya tidak mahu pergi ke sana semata-mata untuk mengambil gambar. Jika ada rezeki, orang tidak akan tahu kerana saya rasa tidak ada keperluan pun untuk orang ramai tahu,” katanya.
Bercerita pengalamannya Ramadan tahun ini, Michael berkata, dia terpaksa menerima hakikat tidak dapat berpuasa penuh kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Michael berkata, pada penghujung November lalu, dia menjalani pembedahan batriatik sebagai salah satu cara mengurangkan gastrik dialaminya.

“Saya ada gastrik yang teruk dan terpaksa makan pil untuk kawal masalah itu. Kalau saya boleh tahan sakit, saya akan tahan dan puasa sepanjang hari.

“Saya sudah cuba makan nasi ketika sahur dengan harapan dapat berpuasa sepanjang hari tetapi sekitar jam 1 petang, perut akan memulas dan kembung, jadi saya terpaksa makan ubat bagi melegakan kesakitan,” katanya.

Michael sebelum ini mengumumkan sudah memeluk Islam sejak setahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post