Fasha Sandha hamil tiga minggu




Aidil berkongsi khabar gembira pasangan itu menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.

Pelakon Fasha Sandha mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz.

Perkara berkenaan dikongsikan menerusi sebuah video yang dikongsikan menerusi Instagram Aidil sebentar tadi.

Dalam video itu, Aidil nyata terkejut dan menangis kegembiraan kerana bakal bergelar bapa.

Dia juga meminta daripada peminat agar mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac lalu di kampung halaman Fasha di Perlis.

Post a Comment

Previous Post Next Post