Hans Isaac tidak akan mohon maaf kepada Fazura




Menurut Hans, apa sahaja yang dikatakan kepada Fazura telah dikirim menerusi mesej secara peribadi sebaik sahaja FFM30 tamat dan tidak mengaibkan dia di mana-mana platform terbuka.

Pelakon, Datuk Hans Isaac tidak akan memohon maaf seperti yang diminta oleh aktres, Nur Fazura di atas dakwaan bahawa aktor tersebut telah mencemarkan nama baiknya berkenaan isu meletakkan syarat untuk menyampaikan anugerah sewaktu Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) Sabtu lalu.

Menurut Hans, apa sahaja yang dikatakan kepada Fazura telah dikirim menerusi mesej secara peribadi sebaik sahaja FFM30 tamat dan tidak mengaibkan dia di mana-mana platform terbuka.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka tentang situasi yang berlaku pada malam FFM30 dan hanya menghantar mesej peribadi kepada Fazura selepas majlis tamat.

“Apa yang dilaporkan oleh media bukan dari pihak saya, terima kasih,” kata Hans sewaktu dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, Fazura meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dia meletakkan syarat tertentu bagi menyampaikan anugerah pada malam FFFM30 lalu.

Fazura juga menyatakan bahawa mesej yang dikirim oleh Hans selepas tamat FFM30 telah memburukkan nama baiknya dan mahu pelakon Baik Punya Cilok itu membuat permohonan maaf kepadanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post