Che Ta ambil tindakan udang-undang




Aktres, Rozita Che Wan nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemandu peribadi­nya selepas lelaki itu gagal tampil membuat permohonan maaf seperti yang dituntut pada sidang akhbar khas yang diadakan hari ini.

Rozita atau mesra disapa Che Ta, 46, memberi tempoh sehingga pukul 6 petang tadi kepada Muhammad Riduan Mohamad Mizol untuk membuat permohonan maaf berikutan tindakannya menfitnah berkaitan isu pembayaran gaji yang ditimbulkan di laman sosial sejak ming­gu lalu.

Sebelum ini, Rozita menghantar notis tuntutan bertarikh 11 Mac lalu kepada Muhammad Riduan yang me­ngandungi beberapa tuntutan antaranya meminta lelaki itu menghentikan perbuatan ­fit­nah yang dilakukannya dan me­­­madam sebarang gambar atau ke­nyataan berunsur ­fitnah.

Rozita berkata, beliau menerusi peguam daripada CSQ Law Advocates & Solicitors akan membuat tuntutan sivil di mahkamah pada minggu hadapan.

Pada 6 Mac lalu, Muhammad Ri­duan mendedahkan majikannya tidak membayar gaji selain menulis kata-kata berbentuk provokasi terhadap pelakon itu. Che Ta kemudian melunaskan bayaran RM2,000 itu pada 7 Mac lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post