Nafi wujud orang ketiga, Sarah Hidlebrand dan Nabil Mahir putus



Hubungan lima tahun Nabil dan Sarah putus akibat wujud perselisihan faham.

Selepas lima tahun percintaan, pengacara Nabil Mahir mengesahkan hubungannya dengan pelakon Sarah Hidlebrand kini sudah berkecai.

Kata Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 31, mengikut perancangan, mereka sepatutnya berkahwin pada tahun ini.

Bagaimanapun, hubungan tersebut gagal diselamatkan berikutan wujud perselisihan faham yang tidak dapat diselesaikan.

"Ya, hubungan saya dan dia telah berakhir. Wujud perselisihan faham antara kami yang tidak dapat diselesaikan," katanya yang sukar meneruskan perbualan ketika ditemui semalam.

Menurut Nabil, dia berhasrat untuk melamar pemilik nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 29, pada tahun ini.

Dia juga telah membeli sebentuk cincin untuk menjadikan pelakon Pujaan Hati Kanda itu suri hati miliknya.

"Saya ingin melamar dia dengan membuat kejutan dan mahu momen itu menjadi sangat istimewa antara kami. Saya hanya menanti waktu yang sesuai untuk melamar Sarah," katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan kewujudan orang ketiga dalam hubungan mereka, Nabil berkata:"Saya berdoa kepada Tuhan jika dia jodoh saya dekatkan, jika tidak jauhkan," katanya.

Pengakhiran hubungan pasangan itu mula dihidu pengguna laman sosial selepas kedua-dua mereka memadam gambar masing-masing di Instagram.

Difahamkan mereka secara rasmi putus kira-kira dua minggu yang lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post