Dalam tempoh bertudung saya cuba bulatkan hati Emma Maembong akhirnya buka tudung




Selepas kontroversi foto tidak berhijab bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tersebar, pelakon Emma Maembong akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata dia mengaku keputusan tersebut datang daripada dirinya dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini.

Menurut Emma menerusi laporan sebuah portal berita, bukan mudah untuk istiqamah dan mengekalkan imej bertudung.

“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.



Emma Maembong bersama Syed Abdullah.

“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya menerusi temubual bersama portal Berita Harian.

Sementara itu, peminat juga mula bergambar dan merakam video bersama pelakon drama Awak Suka Saya Tak dengan imej baharunya itu di tempat awam.

Sebelum ini, pada 28 Januari lalu, Emma sudah memohon maaf atas tindakannya tidak memakai tudung dan mengakui kesilapannya itu bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Dua foto Emma bersama Syed Abdullah yang iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah tersebar di laman sosial dan menerima kecaman netizen.

Bagaimanapun, Emma menafikan dia adalah individu dalam salah satu foto yang memperlihatkan seorang wanita duduk di celah kangkang Syed Abdullah.

Post a Comment

Previous Post Next Post