Jangan ikut perangai ayah menyakat bini, Pesanan Wawa Zainal buat anak lelakinya




Wawa bersama suami dan dua orang anak mereka.

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini sedang menikmati percutian di Dubai bersama anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Menerusi laman sosial Wawa dan Aeril, mereka masing-masing berkongsi foto tentang keseronokan bercuti di negara tersebut sejak Khamis lalu.

Wawa kata anak lelakinya dan Aeril mempunyai perangai yang sama.

Salah satu foto yang dikongsi Wawa, 28, mengatakan anak lelaki dan suaminya mempunyai persamaan dari semua segi termasuk perangai dan cara berjalan.

Wawa berharap Attar dapat menjadi seorang suami dan bapa yang baik seperti Aeril namun tidak mahu anak sulungnya itu mengikut perangai suami yang suka menyakatnya.

"Ni pula Aeril kecil dan Aeril besar. Sebiji ikut Aeril. Hahaha. perangai, cara jalan dan semua sama.



Wawa sekeluarga sedang menikmati percutian di Dubai.

"Jadi suami dan ayah yang baik macam ayah ya nak nanti dah besar. Tapi jangan ikut perangai ayah menyakat bini (isteri) memanjang," katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut terhibur dengan kapsyen tersebut dan mereka juga bersetuju Attar sama seperti bapanya.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 25 Februari 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Attar yang kini berusia enam tahun dan Hayla berusia empat tahun.



Post a Comment

Previous Post Next Post