Ayda Jebat Temberang masih popular di YouTube




Biarpun telah seminggu dilancarkan di YouTube, klip video terbaharu Ayda Jebat, Temberang masih lagi menduduki tangga pertama carta sohor kini YouTube Malaysia.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 26, berkata, dia kehilangan kata-kata apabila memyaksikan klip video tersebut masih menjadi pilihan tontonan digital khalayak.

“Saya sendiri tidak sangka sambutan yang diterima sangat positif dan orang ramai memberi maklum balas yang sangat baik selepas mendengar lagu Temberang dan menonton klip video tersebut.

"Saya sangat bersyukur dan berharap ini bakal menjadi permulaan yang baik untuk membuka 2019," kata Ayda ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Klip video Temberang dilancarkan di saluran YouTube milik Ayda pada pukul 9 malam, 21 Disember lalu.

Sekitar tiga hari dilancarkan, klip video tersebut terus menduduki tangga pertama carta sohor kini di YouTube, menyingkirkan klip video Atiqah Songket milk penyanyi Kanda Khairul.

Mengulas mengenai perancangan tahun baru, pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu mahu memberik fokus terhadap penghasilan produk seni berkualiti.

"Peminat merupakan keutamaan saya, jadi saya akan memberikan usaha 100 peratus dalam menghasilkan produk berkualiti agar peminat berpuas hati.

"Selain bidang lakonan dan nyanyian, saya juga akan memberikan fokus terhadap perniagaan produk penjagaan diri saya yang baru sahaja dimulakan iaitu Sassu,” katanya lagi.

Setakat ini, muzik video Temberang mendapat hampir 2.7 juta tontonan serta hampir 70,000 tanda suka.

Muzik video ini turut menampilkan dua orang pelakon kacak, JC Chee dan Sean Lje.

Lagu Temberang juga sudah dilancarkan secara rasmi menerusi semua pelantar digital bermula 28 Disember lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post