Konsert Sabyan Gambus di Malaysia




Konsert tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Buat julung kalinya, kumpulan nasyid popular Indonesia Sabyan Gambus bakal mengadakan persembahan di Malaysia menerusi Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada 12 Januari depan.

Dalam konsert berdurasi tiga jam itu, kumpulan yang dianggotai oleh Nissa, Ayus, Owan, Kamal, Tebe dan Anisa dijangka mendendangkan sekitar 10 buah lagu.

“Buat peminat jangan lupa untuk hadir ke konsert pertama kami di Malaysia. Saya pasti ia akan menjadi persembahan istimewa,” kongsi Nissa selaku vokalis kumpulan berkenaan.

Selain Sabyan Gambus, konsert berkenaan bakal dimeriahkan dengan persembahan kumpulan nasyid UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sebagai artis pembukaan.

Kumpulan Sabyan Gambus yang ditubuhkan pada 2015 telah mencetuskan fenomena di Indonesia dan Malaysia menerusi lagu saduran Deen As Salam yang sehingga kini telah mendapat 161 juta tontonan di YouTube.

Selain itu, Sabyan Gambus turut menarik perhatian Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan apabila beliau memuat naik video nyanyian kumpulan berkenaan dalam akaun Twitter rasminya, @ImranKhanPTI pada 8 Disember lalu.

Tiket untuk Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 berharga RM249, RM299, RM359, RM499 dan RM999 boleh dibeli secara online menerusi laman web, www.ticket2u.com.my.

Peminat yang membeli tiket awal iaitu sebelum 30 Disember 2018 akan mendapat diskaun sebanyak RM100 untuk setiap tiket dan berpeluang memenangi cabutan bertuah telefon pintar Iphone XS.

Post a Comment

Previous Post Next Post