
Tya berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagranya sebentar tadi.
Menantu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin kini hamil anak kedua.
Berita gembira itu dikongsi Tya, 24, melalui status di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
"Alhamdulillah, ini saatnya berkongsi khabar bahagia kepada semua.
"Arif akan menjadi abang, Insya-Allah. Mohon doa daripada semua dan semoga kandungan akan sihat walafiat," tulisnya yang turut mendedahkan kandungannya itu kini berusia 17 minggu.
Tya yang juga pelakon popular kelahiran Indonesia berkahwin dengan anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Arif Jiwa pada 31 Mac 2017.