Elfira Loy luah mengenai hak diri




Tempoh hari pelakon cantik, Elfira Loy ada memuat naik gambarnya dengan seorang lelaki yang menarik perhatian pengikutnya. Mana tidaknya, lelaki itu cukup kacak orangnya. Sejak itu, ramai yang mengandaikan barangkali lelaki itu merupakan tunangannya yang selama ini menjadi tanda tanya.

Maka, berduyun-duyunlah komen daripada netizen yang memuji mengenai ketampanan lelaki tersebut. Ada yang kata, mereka memang sepadan. Cuma, identiti lelaki itu masih lagi tidak diketahui.

Pada masa sama, tak kurang juga ada yang macam tak senang duduk dengan perkongsian gambar itu. Ada yang mempersoalkan juga tindakan Elfira yang akhirnya menayang tunang sendiri, walaupun pernah difahamkan enggan berbuat demikian lagi selepas insiden putus tunang sebelum ini.

Biasalah, kalau dah nama netizen, pasti ada sahaja yang ingin dikomen. Apapun, Diva tertarik dengan status Elfira yang kemudian bercakap mengenai haknya untuk kongsi apa sahaja di Instagram.

Katanya, Instagram merupakan album digital miliknya. Jadi, dia ada hak 100 peratus untuk kongsi apa sahaja memori dalam hidupnya. Katanya, bukan sengaja nak tayang, tetapi lebih kepada nak simpan memori itu.

Betul juga apa yang dikatakan Elfira itu. Akaun dirinya, jadi, suka hatilah dia nak kongsi gambar apa pun. Lagipun, katanya, apa jua yang dikongsi tidak ada kena-mengena dengan orang lain, sebaliknya hanya dirinya sahaja. Jadi, janganlah lepas ini tiba-tiba ada yang sakit hati okey?

Post a Comment

Previous Post Next Post