Zahirah MacWilson Saya tahu ia akan jadi pertikaian




Beberapa minggu lalu, pelakon cantik, Zahirah MacWilson dikecam ramai dan tidak kurang juga yang melabelkannya dengan perkataan yang tidak sopan apabila dia berpakaian mengikut fesyen Harajuku dan agak seksi semasa berada di Jepun.

Mengakui sudah dapat mengagak respons sedemikian daripada netizen Malaysia, selebriti 23 tahun ini juga tidak cepat melatah dan beranggapan ia sebahagian daripada tugasnya.

"Saya dah agak akan ada yang mengecam dan mempertikaikan pemakaian saya dan saya sedar tentang tahap sensitiviti masyarakat kita.

"Bagaimanapun pakaian Harajuku itu disediakan oleh pihak AirAsia sempena kunjungan ke Tokyo Jepun baru-baru ini dan ia adalah sebahagian daripada tugas saya untuk merakamkan momen indah mengikut sedikit culture di sana.

"Ia sama sahaja seperti saya bekerja dan perlu membawa watak wanita berpakaian seksi dan saya bukan sengaja berpakaian begitu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kempen AirAsia #Throughthelens di Nathalei Gourmet I’Espace, Kota Damansara, baru-baru ini

Tambah pemilik nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol, ini apa yang membuatkan segelintir netizen salah faham adalah apabila sesetengah blog hiburan tempatan menimbulkan fitnah dengan mengatakan di berada di negara matahari terbit itu kerana bercuti.

"Bila dah salah info, netizen pun salah faham dan mulalah berbalas-balas kecaman," katanya.

Sementara itu, Zahirah terkejut dengan laporan berita yang mendakwa, dia mempunyai masalah dengan pelakon Rita Rudaini.

Jelas Zahirah, dia sendiri tidak pasti mengapa namanya dan Rita dikaitkan sedangkan mereka tidak pernah bekerjasama mahupun bersua.

"Saya baru tiga tahun dalam industri dan saya rasa tidak pernah buat salah atau bergaduh dengan sesiapa kecuali perkara yang sudah berlalu.

"Tapi kalau ada yang tak suka saya, saya ok sahaja," akuinya ketika diminta mengulas tentang laporan sebuah akhbar tentang pelakon Rita Rudaini yang terkilan apabila dituduh cemburui kerjaya aktres berkenaan.

Menerusi laporan itu, Rita berkata, dia terkejut apabila dituduh enggan menjalinkan kerjasama dengan Zahirah bagi sebuah acara anugerah baru-baru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post