Tauke Raja Lawak timang anak ketujuh




Pelawak terkenal, Tauke menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Nadia Mohd Affandi selamat bersalin malam tadi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Tauke memberitahu anaknya itu dilahirkan di Hospital Serdang tepat jam 8.28 malam tadi.

“Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT. Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan. Hospital Serdang tepat 8.28 malam. Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulisnya beserta tanda pagar Syukur.

Sebelum ini, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria memiliki enam anak berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan terdahulu.



Post a Comment

Previous Post Next Post