Beto Kusyairy selamat




Pelakon Beto Kusyairy bersama penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH4 berdepan detik cemas apabila pesawat yang dinaiki hampir bertembung dengan pesawat Virgin Atlantic VS251 di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, pada 23 Oktober lalu.

Bagaimanapun ujar Beto, 38, menerusi posting di akaun Twitter miliknya, dia bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Alhamdulillah, tiada kecelakaan. Saya berada dalam pesawat itu (MH4) ketika kejadian berlaku.

“Juruterbang dengan tenang sempat mengumumkan dia mendapat arahan saat akhir daripada menara kawalan untuk membuat pusingan," jelasnya.



Malah Beto yang berada di Wales bagi menjalani penggambaran supertelefilem Aku Bukan Gila bersama Fasha Sandha turut mengucapkan tahniah kepada juruterbang.

Menerusi laporan media, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam mengesahkan juruterbang MH4 mengikuti prosedur operasi standard (SOP) selepas pesawatnya hampir bertembung dengan pesawat Virgin Atlantic.

Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua pesawat menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Pesawat MH4 dari Kuala Lumpur ke London Heathrow dalam persediaan untuk mendarat apabila menerima arahan daripada menara kawalan trafik udara untuk berpusing kerana landasan sedang digunakan pesawat lain.

Pesawat Virgin Atlantic VS251 dari Shanghai juga dalam persediaan untuk mendarat apabila pesawat MAS berada di laluannya.

Menurut laporan sama, pesawat Virgin mengesahkan menyedari sebuah pesawat menghampiri mereka pada jarak 4.8 kilometer.

Post a Comment

Previous Post Next Post