![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHp_cmcnOe6qEkh57AHUnINJmRQT2cFv-4bfTw5adk297SnOsEFUnvWIJf2Rn7P_a-wpaO25xqfHF4rSlO3hH6uvTzOUhqqQ2OFqGmmMJOkWTbKtaHdHr0PG6eqPr8cbVhQk8795PFscQ/s1600/Nabila+Huda.jpg)
Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anaknya, Keisha Laila apabila mewakili Malaysia dalam sukan gimnastik ke Korea Selatan.
Nabila yang juga mesra disapa dengan panggilan Abil, turut ke Korea ditemani suami, Mohd Izwan Johar.
Malah Abil juga turut berkongsi beberapa aksi Keisha melakukan persembahan di sana.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA1iCP8aHsDsABaVscjoMJWK-igmDb-7_RJBiRzhycM2P8rno8DWXxBzROK3U2kCh2kKILzn3_Mxm8l5MY3jbvi6MIxmHOB5HmpbkxZ7nB61sT2XYNoJ7bmP-lARfu4ChdenRLbPP0X9s/s1600/Keisha.jpg)
"Keisha dah bersedia untuk pertandingan gimnastik di Korea! Untunglah 8 tahun dah mengembara bawa nama Malaysia.
"Mummy bangga dengan awak, Keisha. Tak kisahlah dapat emas, perak atau gangsa. Menang atau kalah. Yang penting dapat pengalaman baru dalam hidup.
"The best part is, you dah sampai Korea for your second competition. So brave of you!! Ishh sebak pulak," tulisnya menerusi beberapa entry.
Rata-rata pengikut turut mengucapkan tahniah, mendoakan kejayaan Keisha dan tidak kurang meluahkan rasa bangga dengan anak Abil itu.