![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEyL0e675aLzdUTYhZxaj8tpYHJQAxy-Z_cHGqlRrJoxcYkf_SS5LzYZMTKcCk_7u8TOADCYB1vuAgPEMQDtwYAOaSO8tATF2eqMGtjvuZenV6RkGB3jkTIhSRUBA2JJzK5V4chrS6U0Y/s1600/Elyana.jpg)
Penyanyi dan pelakon, Elyana memilih menyahaktif akaun Instagram (IG) selepas menerima tekanan daripada pengikutnya yang sering mengingatkannya tentang kematian dan bertudung.
Elyana sebelum itu dilihat membalas komen beberapa pengikutnya yang menyuruhnya bertudung, bertaubat dan mengingati kematian.
Malah ujar wanita berusia 31 tahun itu, dia sebenarnya mempunyai kekuatan untuk melawan penyakitnya, namun komen segelintir netizen membuatkan dia berasa 'down'.
Kemuncaknya, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal memberitahu menerusi Insta Story miliknya, dia mahu menghentikan segala rawatan ke atasnya kerana lebih ramai yang mahu melihat dia mati.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4cMqNW6FtTlnYlSOX234twqt25He7X6BKYbmUUJAY3zE57pbyMuQo68IccrsD_J2gkIhX0V81exGpwUZpZPXgluBjiGq7hgRvQMtj-nHF9ACSnu4FTnBPoNoS-NMZoncJkaQgVslJzno/s1600/Elyana.jpg)
"Hari ini (Jumaat) saya akan menghentikan segala rawatan saya sebab ramai nak lihat saya mati. Terima kasih, marilah kita mati bersama-sama.
"Mental aku kuat, tapi korang dah downkan teruk sangat weh!!! Aku dah give up!!! Aku doakan korang happy sekeluarga," ujarnya lewat petang semalam.
Sejam selepas itu, Elyana memuat naik satu lagi status di Insta Stories, sebelum menyahaktifkan akaunnya.
"Aku dah kenyang dengar perkataan mati! Apa masalah korang? Korang tak mati ke?" luahnya.
Kongsi perkembangan
Elyana sebelum itu turut berkongsi perkembangannya selepas menjalani rawatan radioterapi buat kali pertama menerusi Insta Stories dan secara langsung di IGnya.
Menurutnya dia diserang angin dan mengalami muntah teruk selepas menjalani rawatan radioterapi. Bagaimanapun menyifatkan rawatan radioterapi lebih okay berbanding kimoterapi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW64h5tqgtNTigEPB_6IOV4QPpbXRb2PR1Thw52inCjvi7BWvbHVGGB9zbkYC-EOhdBWC5Jprys3nirr6DMlSVWid0hMm3QGV8ciqA3iMRC_tvQxlKDaydNuLDFVFkvW0Ub6CL68VjCuI/s1600/Elyana.jpg)
Kelmarin, suami Elyana, Khairul Anuar Hussin memaklumkan kanser limfoma tahap empat yang dihidapi Elyana sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke saraf tunjang.
Bagi mengelakkannya lumpuh, Elyana perlu melakukan 10 kali rawatan radioterapi.
Kami berharap Elyana akan terus kuat melawan penyakitnya dan mengabaikan segala kata-kata negatif dari netizen.