
Peminat Bintang Paling Popular ABP, Wany Hasrita menarik nafas lega apabila Wani kembali mengemaskinikan laman Instagram miliknya hari ini dengan memuat naik sebuah videonya bersama penyampai radio dan juga pengacara Muzik Muzik, Haziq.
Rata-rata peminat Wany meluahkan rasa gembira mereka apabila Wany kembali dengan posting terbaharunya setelah menyuarakan hasrat untuk berehat seketika daripada menggunakan laman sosial.
Terdahulu sebelum itu, penyanyi Menahan Rindu ini menyifatkan penggunaan media sosial yang terlalu aktif boleh memberikan kesan negatif kepada mereka yang terlalu bergantung kepadanya.
Menyedari situasi itu, Wani mengambil keputusan untuk meninggalkan seketika laman media sosial dan mahu kembali menjalani kehidupan biasa sebagaimana sebelumnya.
Bagaimanapun, Wany seperti mana yang dilaporkan sebuah akhbar, memberitahu akan kembali aktif di media sosial dalam masa yang terdekat.
Mungkin kerana permintaan dan desakan daripada peminatnya, Wany hari ini kembali mengaktifkan kembali akaun Instagramnya.