Zynakal Lagu Terbang capai 1 juta tontonan di YouTube


Penyanyi baharu Zynakal terkejut apabila klip video single pertamanya berjudul Terbang mencapai 1 juta tontonan hanya dalam tempoh enam hari selepas dilancarkan.

Selain YouTube lagu ciptaannya bersama Sufian Suhaimi, Sabbala dan Faiz Ruzaini itu turut tular di beberapa laman sosial lain antaranya Twitter.

“Saya amat bersyukur kepada Allah atas rezeki ini. Buat semua orang yang memberi sokongan terutamanya peminat, terima kasih. Anda tidak tahu berapa bersyukurnya saya berada dalam keadaan ini.

“Single pertama mendapat jumlah tontonan sebanyak 1 juta di YouTube umpama satu mimpi buat penyanyi baharu seperti saya,” ujar Zynakal ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Single Terbang telah dilancarkan pada 19 September lalu di Hotel Galle Face, Colombo, Sri Lanka.

Post a Comment

Previous Post Next Post