Zamani, Amelina antara peserta Gegar Vaganza 5


Zamani (kiri) dan ratu dangdut Malaysia, Amelina diumumkan sebagai antara 12 peserta program nyanyian popular Gegar Vaganza untuk tahun ini.

Vokalis Kumpulan Slam, Zamani dan ratu dangdut Malaysia, Amelina diumumkan sebagai antara 12 peserta program nyanyian popular Gegar Vaganza untuk tahun ini.

Selain Zamani dan Amelina, program yang telah memasuki musim kelima tersebut turut membariskan beberapa nama besar yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Antaranya Noryn Aziz, Dia Fadila, Hetty Sarlene, Mya Matahari, Farawahida, Safura dan Shafie Rio.

Dalam pada itu, dua kumpulan vokal, Forteen, Elite dan Billy Zulkarnain turut menyertai barisan peserta pada musim kali ini.



Pengumuman barisan peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) berlangsung di sebuah sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses, di sini sebentar tadi.

Maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim pula dipilih untuk menduduki kerusi penjurian GV5.

Konsert pertama GV5 bakal diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada 30 September depan dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Seperti musim-musim terdahulu, GV5 bakal diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.



Post a Comment

Previous Post Next Post