Ayah Syafiq Kyle dikejarkan ke hospital


Abdul Razak pengsan secara tiba-tiba sewaktu menghadiri majlis ramah mesra di Redbox.

Ayah kepada pelakon Syafiq Kyle, Abdul Razak Husin, 55, dikejarkan ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang, Selangor selepas pengsan secara tiba-tiba sewaktu menghadiri majlis ramah mesra anaknya di Redbox, Empire Subang sebentar tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurus Syafiq, Shawn Amer.



“Kami agak terkejut dengan apa yang berlaku kerana bapanya datang bagi memeriahkan majlis tersebut.

“Namun, sebelum ini, ayah Syafiq pernah dimasukkan ke hospital kerana darah tinggi,” katanya kepada Kosmo!.

Syafiq dan ibunya, Rohayah Sulaiman, 55, kini berada di hospital menemani bapanya. -



Post a Comment

Previous Post Next Post