Zynakal lancar single pertama berjudul Terbang


Penyanyi Zynakal melancarkan single pertama berjudul Terbang di Hotel Galle Face, Sri Lanka sebentar tadi.

Karya yang dicipta Sufian Suhaimi, Faiz Ruzaini, Alabbas dan Zynakal yang turut menulis sepenuhya lirik lagu berkenaan turut dilancarkan serentak di platform digital seperti Spotify, iTunes dan Joox.

Klip video lagu Terbang juga dilancarkan pada pukul 8 malam ini di laman perkongsian video YouTube.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 20, melakukan pelancaran di Sri Lanka bagi mencipta kelainan.

Menariknya hanya selepas sejam klip video Terbang dilancarkan di YouTube ia telah mencapai hampir 10,000 tontonan.

Terdahulu Zynakal mencipta nama sebagai komposer lagu Sabar nyanyian Ismail Izani dan Adzril Ameruddin menerusi lagu Bukan Yang Terbaik.



Post a Comment

Previous Post Next Post