Mia Ahmad dapat anak lelaki


Mohd. Izham berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Pelakon yang terkenal menerusi drama rantaian Hati Perempuan, Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang juga penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi menerusi akaun Instagram miliknya.



“Ia adalah bayi lelaki. Syukur isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami pada pukul 11.15 pagi tadi. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakannya,” katanya di Instagram.

Pelakon yang turut membintangi filem Jibam itu mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu selepas dilaporkan mengalami keguguran beberapa bulan sebelum itu.

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 30, mendirikan rumah tangga dengan Izham Tarmizi, 27, pada 13 Januari 2017. - K! ONLINE

Post a Comment

Previous Post Next Post