Anak Yana Samsudin terima enam jahitan


Aisy Mateen terpaksa menerima enam jahitan di kenign kirinya selepas terjatuh dan terhantuk pada sebuah meja kaca.

Anak pelakon Yana Samsudim, Aisy Mateen menerima enam jahitan di bahagian kening kiri selepas mengalami kecederaan sewaktu pulang ke kampung halaman artis terbabit di Yong Peng, Johor.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram semalam, Yana memberitahu, kejadian tersebut berlaku secara pantas dan di luar kawalannya.

“Kami balik kampung di Yong Peng semalam dan dalam sekelip mata sahaja mommy (nama panggilan dirinya) tidak menyedari Mateen. Mateen lari dan terjatuh sehingga terhantuk pada meja kaca,” katanya di Instagram.

Pada masa sama, Yana atau Norliana Samsudin, 34, turut memohon maaf kepada suaminya yang juga adik kepada pelakon, Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari kerana kurang berhati-hati sehingga menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

Aisy Mateen, 2, merupakan cahaya mata sulung pelakon filem Rise: Ini Kalilah bersama Fadzil selepas mendirikan rumah tangga pada 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post