Liza Hanim hamil anak kelima


Penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia kini hamil anak kelima dan usia kandungan sudah pun mencecah lima bulan.

Perkara itu dikongsi Liza selepas melakukan persembahan di Konsert Semalam Di Malaya bersama Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas malam tadi.

Menurut Liza, 39, dia tidak berniat untuk menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan umum tetapi menunggu sehingga kandungannya stabil terlebih dahulu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gelisah Mimpi itu telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin atau Shah selama 15 tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak berusia antara 15 sehingga 3 tahun.



Post a Comment

Previous Post Next Post