Acha Septriasa tak mahu pengasuh


Vicky Kharisma dan Acha Septriasa.

Semua sedia maklum, Acha Septriasa dan suaminya, Vicky Kharisma memiliki seorang anak bernama Bridgia atau lebih mesra disapa Brie yang bakal menginjak usia satu tahun tidak lama lagi.

Saat ditemui di Jakarta Selatan baru-baru ini, Acha sempat berkongsi cerita mengenai perkembangan Brie dan memberitahu, anaknya itu mulai suka pada kamera dan menyapa orang.

Selain itu, saat ditanya mengenai pengurusan anak, Acha menjelaskan, dirinya tidak mahu menggunakan khidmat pengasuh untuk membantu dirinya menguruskan Brie.



“Sejak awal lagi, saya dan suami menguruskan sendiri Brie terutamanya ketika berada di Australia,” ujarnya seperti dilaporkan WowKeren.com.

Sebelum ini, Acha memutuskan untuk mengikut suaminya tinggal di Australia kerana urusan kerja.

Namun, saat ini wanita berusia 29 tahun itu kembali ke Indonesia untuk menziarahi keluarga sekali gus terlibat dengan penggambaran filem.

Post a Comment

Previous Post Next Post