Ibu pelawak Joey Daud meninggal dunia


Kenyataan Joey Daud mengenai kematian ibunya yang dipaparkan dalam laman Instagram hari ini.

Ibu kepada pelawak dan pelakon Joey Daud dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud yang merupakan suami kepada pelakon Watie Sadali memaklumkan khabar duka itu selain mengharap doa agar roh ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.



“Ya Allah. Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah dia dalam tempat yang mulia (syurga) serta luaskanlah kuburnya.

“Bersihakan dia daripada segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan baju putih daripada kotoran, berilah rumah yang lebih baik daripada rumahnya di dunia, berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, pasangan yang baik daripada pasangannya di dunia dan masukkan di ke syurga. Jagalah dia daripada seksa kubur dan neraka,” tulisnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post