Henry Golding berlakon filem ketiga, Last Christmas



Selepas mencipta nama di Hollywood menerusi filem debut, Crazy Rich Asians, pelakon kelahiran Malaysia Henry Golding bakal muncul dengan filem baharu berjudul Last Christmas di samping bintang Game of Thrones, Emilia Clarke.

Melalui perkongsian di Instagram pelakon asal Kuching, Sarawak itu, beliau sekali lagi bekerjasama dengan pengarah filem, Paul Feig yang merupakan sutradara filem A Simple Favor.

“Saya berbangga untuk berlakon sama dengan Emilia Clarke dalam filem Last Christmas arahan Paul Feig. London kami datang,” kongsi Henry, 31.

Aktres Britain yang juga pemenang Academy Awards, Emma Thompson bertindak sebagai penulis skrip dan juga penerbit bersama filem romantik berkenaan.

Sebelum filem Last Christmas, Henry telah berlakon dalam Crazy Rich Asians yang mengaut kutipan panggung sebanyak AS$ 188 juta (RM779 juta) sejak ditayangkan dan A Simple Favor yang kini sedang rancak ditayangkam dia Hollywood.



Post a Comment

Previous Post Next Post