Ara Johari terkejut, beri sokongan


Kontroversi penyebaran foto yang membabitkan Ismail Izzani dari Zarina Anjoulie mengejutkan rakan penyanyi itu.

Antara yang mengakuinya adalah penyanyi, Ara Johari.

Bagaimanapun ujar Ara, dia tidak mencampuri urusan peribadi penyanyi berusia 18 tahun itu dan berharap Ismail bersabar dan kuat berdepan kontroversi itu.

"Saya terkejut bila dapat tahu tentang gambar yang viral itu dan memberikannya nasihat serta sokongan melalui panggilan telefon.

"Saya memang rapat dengan Ismail tapi tak pernah campur urusan peribadinya, dengan siapa dia berkawan dan sebagainya.



"Cuma saya minta dia banyakkan bersabar dan anggap itu sebagai ujian... benda pun dah jadi, tak boleh nak buat apa-apa," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran restoran Teh Tarik Place cawangan kedua milik Cuisine Inspire Sdn Bhd bertempat di KIP Hotel, Sri Utara Business Park, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Shahir Zawawi, Khai Bahar dan Haziq HotFM. Ia dirasmikan oleh Pengarah Cuisine Inspire iaitu Fahrulrazi Kassim.

Post a Comment

Previous Post Next Post