Aman Aziz Saya bukan anak orang senang


Penyanyi, Aman Aziz, 24, mengakui adalah sukar untuk bergerak sendiri apabila bergelar artis solo.

Menurut penyanyi Sulit juga naib juara Akademi Fantasia musim ke-11 itu, dia bukanlah berasal daripada keluarga yang senang.

"Habis kontrak dengan Astro saya masuk LMA Talent House pula, itu pun setahun selepas saya bergerak sendiri.

"Saya akui betapa susahnya nak pasarkan lagu apabila tak ada manager ataupun pihak pengurusan.

"Lagi satu, saya bukanlah anak orang kaya. Jadi saya perlu kumpul duit untuk buat lagu," ujarnya.

Dalam perkembangan karier lakonan pula, Aman Aziz atau nama lengkapnya Mohammad Razman bin Abdul Aziz, baru sahaja habis penggambaran telefilem Syirik arahan Michael Ang.

Selain itu, Aman juga kini sedang aktif mempromosikan lagu terbaharu duet bersama Shiha Zikir, berjudul Terdetik Rindu.

Post a Comment

Previous Post Next Post