Khai Bahar cipta kejayaan manis di APM2018


Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018) yang berlangsung di berlangsung di Teater MES di Mediacorp, Singapura semalam mencipta kejayaan manis buat penyanyi Khai Bahar apabila memenangi kedua-dua kategori yang mencalonkan dirinya iaitu Artis Paling Popular APM 2018 Ikon Media Sosial APM2018.



Sementara itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula meraih kemenangan dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) menerusi lagu Yang Ku Inginkan, gandingan bersama Judika.

Ayda Jebat dan Haqiem Rusli juga tidak pulang dengan tangan yang kosong apabila masing-masing memenangi kategori Lagu Terbaik Malaysia (Mata) dan Lagu Paling Popular APM 2018 (Tergantung Sepi).



APM 2018 menyaksikan dominasi daripada artis-artis Indonesia yang meraih kemenangan besar dalam kategori-kategori utama.

Satu-satunya acara penganugerahan muzik Melayu serantau yang mencipta ruang kerjasama dalam industri muzik di antara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei Darul Salam, kali ini turut memberi Anugerah Khas kepada Datuk Rossa di atas sumbangannya kepada perkembangan industri muzik serantau.



Pemenang-pemenang APM2018
Artis Baru Terbaik (Lelaki)

- Adrian Khalif – Flawless/Merona

Artis Baru Terbaik (Wanita)

- Sara Fajira – You Know

Duo/Kumpulan Terbaik

- Gamaliel Audrey Cantika (Gac) – Suara

Band Terbaik

- Sheila On 7 – Film Favorit

Kolaborasi Terbaik (Artis)

- Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika – Kisah Ku Inginkan

Kolaborasi Terbaik (Lagu)

- Teman Bahagia – Jaz (Ramadhan Handy ‘Soulvibe’ & Asta Andoko ‘Ran)

Artis Terbaik (Lelaki)

- Judika – Jikalau Kau Cinta

Artis Terbaik (Wanita)

- Isyana Sarasvati – Lembaran Buku

Lagu Terbaik (Singapura)

- Racun – Farhan Shah

Lagu Terbaik (Malaysia)

- Mata – Ayda Jebat

Lagu Terbaik (Indonesia)

- Jikalau Kau Cinta – Judika

Ikon Media Sosial

- Khai Bahar

Artis Paling Popular (Singapura)

- Sufi Rashid

Lagu Paling Popular (Singapura)

- Aku Sendiri – Sufi Rashid

Lagu Paling Popular APM 2018

- Tergantung Sepi – Haqiem Rusli

Artis Paling Popular APM 2018

- Khai Bahar

Anugerah Khas Planet Muzik

Datuk Rossa

Post a Comment

Previous Post Next Post