Harris Anuar Produksi tak singkir saya


Biarpun program Big Stage telah melabuhkan tirai Ahad lalu, namun nama pelakon baharu Harris Anuar masih disebut-sebut.

Sebelum ini, Harris, 25 ditugaskan sebagai hos Big Stage Live Plus kemudian digantikan dengan penyampai radio terkenal, iaitu Radin.

Ditanya apakah yang berlaku, Harris, berkata tiada siapa yang bersalah dalam hal ini, cuma dia berasakan ilmunya belum cukup di dada untuk mengendalikan sebuah program yang dianggap besar.

"Selepas ini saya akan mulakan dengan program rakaman terdahulu dan dalam masa yang sama saya akan asah bakat pengacaraan.

"Pun begitu, ini tidak bermakna pihak produksi menyingkir saya, cuma mereka akan bawa saya masuk bila dah sampai waktunya," katanya .

Meskipun hanya dapat beraksi selama tiga minggu, Harris tetap berpuas hati.

Dalam perkembangan kerjaya, saksikan lakonan Harris sebagai Farish menerusi drama bersiri 18 episod Lelaki Kiriman Tuhan terbitan Zeel Production Sdn Bhd, setiap hari Isnin jam 9 malam di Astro Oasis dan Maya HD, bermula 1 Oktober ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post