Al Jufferi kini bergelar bapa


Al Jufferi kini telah bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki di PPUKM.

Jaguh pesilat dunia, Al Jufferi Jamari kini telah bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Farhana Abd. Majid selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 6.25 petang tadi.

Al Jufferi turut meluahkan rasa syukur dan memberitahu, anak dan isterinya berada dalam keadaaan sihat selain berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Kelahiran putera sulungnya itu secara tidak langsung menjadi pemangkin semangat buatnya berusaha keras untuk terus mengharumkan nama negara di mata dunia.

"Alhamdulillah saya mendapat anak lelaki. Syukur kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kami," katanya kepada Kosmo! Online tadi.

Al Juefferi, 27, dan Nurul Farhana, 29, mendirikan rumah tangga pada 2017 dalam sebuah majlis yang diadakan di Kulai, Johor.

Post a Comment

Previous Post Next Post