Tahniah diucapkan kepada penyanyi Waris yang telah selamat menimang anak kedua.
Bayi perempuan ini telah pun lahir pada 2 Ogos lalu namun baru pagi tadi Waris mengumumkannya di Instagramnya.
"Tihani Izz Nina binti Muzzammil selamat dilahirkan secara normal di Hospital Salam Senawang dengan berat 3.3kg pada 2 Ogos yang lepas.
"Terima kasih kepada pihak Hospital Salam dan Dr Alinawati atas layanan terbaik dan doa-doa kalian memudahkan isteri saya bersalin,
tulisnya dengan hashtag #babygirl #terbaikbosskur