Makcik ajak Fazley Yaakob bergambar


Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi insiden kelakar ketika dia berada di sebuah pasar raya.

Dalam keterujaan dapat swafoto bersama Fazley, 40, wanita berusia itu yakin, kononnya Fazley adalah seorang pelakon dan pemain bola sepak juga merupakan adik kepada penyanyi Asmara ini, iaitu Raf Yaakob.

"At a supermarket:

"Makcik: (Excited gila) Eh awak!Jom jom ambil gambar dgn makcik! Nak tunjuk pakcik!

"Me: Boleh je, kirim salam Pakcik ya?







"Makcik: Makcik minat awak, pakcik minat bini awak! Tahniah ya Raf,bini awak Mawar dah pregnant!

"Me: Erm.. Doakan kami lah ya," kongsi Fazley.

Sementara di ruang komen Twitter dan Instagram Fazley, menurut peminat dan pengikutnya berkata, makcik berkenaan seorang wanita berusia yang mempunyai keyakinan tinggi dan berani.

Malah ada juga yang berkongsi momen pernah tersalah artis ketika mahu swafoto.

Post a Comment

Previous Post Next Post