Ferhad hati-hati kongsi gambar anak di media sosial


Penyanyi, Ferhad berkata dia berhati-hati dalam berkongsi gambar anak-anaknya di media sosial kerana bimbang dengan keadaan semasa.

Justeru Ferhad Iberhim, 46, atau lebih dikenali Ferhad lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan gambar anak-anaknya.

"Saya lebih selesa begini, kurang kongsi gambar anak di media sosial sebab banyak hal yang perlu dititikberatkan.

"Jadi, saya memang berhati-hati jika mahu berkongsi gambar anak di media sosial.

“Sebab zaman sekarang ini terlalu banyak jenayah dan tak suka perkara negatif dikaitkan dengan anak saya,” kata penyanyi kelahiran Singapura sebagaimana dilaporkan dalam portal media lain.





Beralih mengenai kerjaya nyanyian pula, bapa kepada dua orang cahaya mata ini sedang giat mempromosikan lagu terbaharunya yang dilancarkan sejak April lalu berjudul, Definasi.

Dalam perkembangan lain, Ferhad juga kini sibuk dengan aktiviti kempen antikemurungan dalam kalangan remaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post