Peminat wanita mengurat Aeril Zafrel


Umum sedia tahu, pelakon Aeril Zafrel sering menjadi perhatian sang wanita di media sosial sehinggakan ramai yang berani cuba memikat hatinya.

Walau bagaimanapun, pelakon filem Budak Pailang menyifatkan tindakan wanita di media sosial itu sekadar suka-suka sahaja.

"Kalau yang nak mengurat itu saya anggap mereka bergurau sahaja. Wawa pun sudah faham dan tidak cemburu," ujar Aeril kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aeril yang kerap berkongsi gambar dan video mesra bersama isteri tercinta yang juga merupakan seorang pelakon, iaitu Wawa Zainal, berkata, ia hanyalah sebagai simpanan memori buat anak-anaknya.


"Saya tak ada niat pun nak tunjuk kemesraan kepada umum. Ia adalah untuk simpan memori kami dan anak-anak sahaja.

"Kalau simpan di telefon terlalu banyak jadi kongsi sahaja di Instagram sebagai kenangan," jelasnya.





Aeril dan Wawa, 27, berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.

Dalam perkembangan terbaru, Aeril bakal membawakan watak Tengku Khalis dalam teater Tanah Akhirku yang bakal di pentaskan 28 Ogos hingga 2 September depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post