Chef Naem kini bergelar suami


Chef selebriti, Muhamad Naim Ramli atau lebih dikenali sebagai Chef Naem selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Nurul Syazwani Zulkaffli pada petang Jumaat.

Hanya dengan lafaz, Naem sah bergelar suami kepada Syazwani yang juga merupakan seorang pegawai polis di kediaman pengantin perempuan, di Bahau, Negeri Sembilan.

Pada majlis Ija kabul tersebut, Naem yang mula dikenali selepas menjuarai Program Hero Oven (2016), telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200 beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan. Sementara wang hantaran pula berjumlah RM10,000.





“Majlis nikah kami dibuat kecil-kecilan saja, dengan kehadiran kira-kira 200 orang terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat,” ujar Naim memetik laporan daripada sebuah akhbar.

Difahamkan majlis resespi sebelah pihak lelaki akan diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September depan.

Naim dan isteri berkenalan pada tahun 2016 sebelum mengikat tali portunangan pada 25 November tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post