Bakal bernikah, Ibu Nizen Ayob beri penjelasan


Tarikh 11 Ogos yang menjadi tanda tanya ramai sama ada ia tarikh arwah Nizen Ayob bertemu jodoh atau tidak akhirnya terjawab.

Ibu Nizen Ayob, Kamisah Nasri, 72, mendedah ia merupakan tarikh lahir arwah.

Malah Kamisah mengesahkan anaknya itu tidak mempunyai perancangan berkahwin dalam masa terdekat walaupun mengakui anaknya mempunyai teman wanita, tetapi keluarga belum mengenalinya.

“Ia bukan tarikh arwah bernikah, sebaliknya hari ulang tahunnya ke-34,” katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Melayu.

Nizen sebelum ini menerusi akaun Instagram (IG) ada mendedahkan tarikh 11 Ogos adalah hari yang bermakna baginya.

Mencerita pengalaman bersama arwah sebelum pemergiannya, Kamisah memberitahu anaknya itu ada berhasrat untuk membawanya dan suami mengerjakan umrah.

“Arwah ada merancang untuk membawa saya dan suami mengerjakan ibadah umrah selepas menyatakan dia bermimpi berada di hadapan Kaabah bersama beberapa orang yang tidak dikenalinya.

“Namun, saya hanya memujuknya untuk pergi ke sana apabila sudah sembuh sepenuhnya dan tidak disangka ia sebahagian petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya lagi.





Kamisah berkata lagi, arwah adalah seorang anak yang manja dengan mereka, selain rapat dan patuh kepada apa sahaja nasihat atau teguran abang serta kakaknya dalam membuat keputusan.

“Sebenarnya dia mula demam sejak awal Ramadan lalu, namun kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Pekan Layang-Layang dan Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, keadaan yang sama berulang semula ketika umat Islam menyambut kedatangan Syawal.

“Melihat keadaannya yang semakin teruk dan lemah, kakaknya menyarankan dia untuk mendapatkan rawatan di HSA sebelum ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post