Shakilla Koriri hamil, Fizi Ali tak halang berlakon


Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali berkata isterinya, Shakilla Koriri kini sudah hamil.

Bagaimanapun, seperti dalam laporan, Fizi yang bakal bergelar bapa di usia 29 tahun memberitahu, dia tidak mahu terlalu berharap kerana masih di peringkat awal.

"Ahamdulillah masih baru dan saya tidak mahu terlalu berharap. Doakan yang baik-baik sahaja.

"Sekarang masih dalam fasa awal dan apa-apa boleh terjadi. Sebenarnya awal lagi untuk bercerita tentang ini," ujarnya.







Pada masa sama Fizi tidak melarang isterinya untuk meneruskan berlakon selagi terdaya.

"Dia seorang yang lasak tidak boleh duduk diam. Terpulang pada dia, jika tidak larat dia akan berehat," katanya

Untuk rekod, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada pada 18 Februari lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post