Adzrin Adzhar Alhamdulillah sudah bebas kanser


Penyanyi pernah popular melalui lagu Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar, 33, mendedahkan dia sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit kanser ovari yang dihidapi sejak tiga tahun lalu.

"Doktor mengesahkan saya pulih sepenuhnya daripada penyakit itu pada Mei lalu.

"Saya tidak melalui rawatan kimoterapi sebaliknya bergantung kepada ubat yang dibekalkan pihak hospital dan mengamalkan diet sihat selain mengambil beberapa makanan tambahan," katanya.

Selain daripada itu, Adzrin akui mungkin disebabkan sentiasa berfikiran positif dan optimis dengan segala dugaan pernah menimpanya selama ini menyebabkan dia mudah sembuh.

Biarpun sudah disahkan bebas daripada nkanser, dia kekal meneruskan sikap sama dan menjalani kehidupan sihat bagi mengelak kembali sakit.





Dia turut mengajak para pesakit kanser yang sedang bertarung agar sentiasa berfikiran positif kerana ia adalah kaedah rawatan berkesan selain pengambilan ubat-ubatan moden.

Berdasarkan laporan Harian Metro pada 21 Februari lalu, penyanyi itu pernah mendedahkan mengidap kanser ovari tahap dua.

Malah, dia terpaksa menjalani pembedahan membuang ovari kanan apabila disahkan mengandung anak kembar di luar rahim pada tahun 2008.

Post a Comment

Previous Post Next Post