Rumah 7 tingkat Maria Tunku Sabri kesal komen negatif netizen


Telah tersebar di media sosial video yang menunjukkan rumah tujuh tingkat milik pengacara top Maria Tunku Sabri.

Menurut Maria, video tersebut telah dirakam oleh rakan baiknya Sharifah Shahira ketika kunjungannya bersama rakan-rakan ke rumah sempena hari raya.

“Sebenarnya saya tak suka tunjuk rumah sebab nanti panjang-panjang jadi macam inilah. .

“Shira yang upload di IG TVnya, saya ingatkan untuk IG Stories sahaja. Kemudian dah ada orang ceduk dan itulah yang terus jadi viral.

“Saya bukan jenis yang suka mencanang atau menunjuk. Tak suka riak-riak, tak suka britahu orang, itu saya Maria Tunku Sabri.

“Bukan saya yang kaya tapi suami dan ibu mentua saya Tanah tu ibu mentua saya yang punya,” katanya.

Tambahnya yang terkenal dengan program Jalan Jalan Cari Makan ini, dia mengeluh kerana komen-komen negatif netizen terhadapnya.

“Yang positif tu saya turut doakan semoga murah rezeki. Yang negatif tu, kita hidup ini hanya sekali, positifkanlah diri. Janganlah asyik negatif sahaja. Not nice not right.

“Semua orang jom kita positifkan diri, dapat pahala dan elak daripada dosa,” ujar Maria lagi.





1 Comments

  1. Biasalah tu rumah 7 tingkat sebab tak cukup tanah dibandar besar. Kalau rumah yang cukup besar mesti ada ruang tanah yang lebar

    ReplyDelete
Previous Post Next Post