Ameng kejutkan penumpang menyanyi dalam kapal terbang


Penyanyi popular era 90an, Ameng Spring dengan sportingnya telah menyanyi di dalam kapal terbang apabila diminta oleh para peminat fanatiknya.

Dalam video yang sedang tular di media sosial itu, dilihat pramugara penerbangan tersebut mengakui dia merupakan peminat setia Ameng dan kumpulan Spring.

Oleh itu, dia telah meminta penyanyi berusia 49 tahun itu untuk ke hadapan bagi menyanyi.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail tidak menolak permintaan tersebut sebaliknya sporting ke hadapan dan menyanyi sedikit lagu Sampai Hati.

Persembahan mengejut dan sempoi Ameng itu mendapat tepukan daripada penumpang pesawat yang pastinya juga terkejut dengan kehadiran Ameng.

Difahamkan Ameng dan rakan artis Isma AF dalam penerbangan dari Kuala Lumpur Sabtu lalu untuk mengadakan persembahan sempena Gawai Raya di Sarikei.

Promo: Traveloka (MY): Malindo Air & Malaysia Airlines Special Fares





Post a Comment

Previous Post Next Post