Ramai hairan Faizal Ismail bubar FBI Live


Lima tahun lalu, sewaktu penyampai radio popular, Faizal Ismail buat keputusan untuk berhenti daripada bekerja di konti Hot FM, ramai yang tertanya-tanya punca tindakannya itu. Siap ada yang mendakwa kononnya ada masalah dalaman lagi.

Sejak itu ramai yang rindu nak dengar suara Faizal di radio. Sehinggalah sekitar tahun lalu, Faizal melancarkan radio kendaliannya sendiri menggunakan Facebook yang dipanggil FBI Live. Dapatlah orang melepas kerinduan. Bukan sahaja dirinya, bahkan, Fara Fauzana atau lebih dikenali dengan nama Fafau pun ada juga bersiaran sama.

Cuma baru-baru ini, Diva dapat tahu, program tersebut sudah dibubarkan. Eh, dah kenapa? Nak kata tiada sambutan, tetapi beribu-ribu yang menonton program itu. Diva sendiri hairan. Bukan apa, pendekatan yang dibawa oleh Faizal itu memang sesuatu yang cukup mengikut peredaran zaman.

Maklumlah, sekarang ini semua orang memang jalani gaya hidup digital dengan telefon pintar. Jadi, ke mana-mana sahaja orang boleh buat live.





Silap hari bulan, semua orang menanti untuk bersiaran guna platform media sosial sahaja. Bagaimanapun, apabila Diva risik-risik, dengarnya Faizal tukar nama untuk penjenamaan semula program tersebut. Katanya, program itu diberi nama dbilique. Oh, apabila Diva sebut, bunyi ‘dibilik’, tetapi ejaan nampak macam nak pergi bertaraf antarabangsa. Ada orang tak senang dengan nama FBI ke tu?

Dengarnya siap ada beberapa penyampai lain lagi yang akan mengendalikan siaran program itu nanti. Selain Fafau, dengarnya ada Faiz Dickie, Faez Haiqal dan Ustaz Aiz. Ini kiranya semakin berkembanglah. Siap ada program masak-masak dengan Fafau lagi dengarnya! Tak sabar nak tengok Fafau masak!

Post a Comment

Previous Post Next Post