Rahsia awet muda Shah Rukh Khan


Baru-baru ini, bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan membuka ruangan pertanyaan kepada pengikut Instagramnya.

Banyak persoalan peminat yang dijawab Shah Rukh Khan termasuk soalan mengarut yang mana peminatnya bertanya berapa kali dia membuang air besar?

“Benarkah? Adakah itu sahaja soalan yang ingin anda tanyakan? Wow,” tulis Shah Rukh Khan.

Bintang yang turut dikenali sebagai SRK itu juga mendedahkan rahsia tubuhnya kekal sihat walaupun usia sudah melebihi 50 tahun.

“Saya tidak merokok. Tidur selama 10 jam sehari. Menjalani hidup secara normal dan tidak pernah berbohong,” jawabnya.

Namun, jawapan bintang filem Kuch Luch Hota Hai itu menimbulkan keraguan peminatnya kerana semua sedia maklum Shah Rukh Khan seorang perokok tegar.





Post a Comment

Previous Post Next Post