Katy Perry enggan cinta jadi sensasi


Katy Perry dan Orlando Bloom.

Penyanyi Katy Perry mendedahkan bahawa dirinya enggan meletakkan kisah hubungan cintanya dengan pelakon Orlando Bloom terus menjadi topik perbualan.

Bintang berusia 33 tahun itu memberitahu, dia kini sebolehnya mahu meminimumkan perkongsian maklumat mengenai kisah percintaannya dengan aktor berusia 41 tahun itu.

“Okey sahaja jika mahu bercakap mengenainya. Cuma, saya tidak mahu ia menjadi tajuk-tajuk utama cerita yang ditulis.

“Saya sayangkan hubungan ini, kerana ia merupakan sebahagian daripada diri saya juga,” katanya kepada majalah Vogue Australia seperti yang dipetik portal Femalefirst.

Sebelum ini pasangan tersebut pernah berpisah selama setahun sebelum mereka dikatakan bersama semula April lalu.





Post a Comment

Previous Post Next Post