One Forteen saman kontraktor Spa


Penyanyi One Forteen telah membuat laporan polis terhadap kontraktor yang tidak menepati janji menyiapkan Musclemen spa kepunyaannya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Menurut anggota kumpulan Forteen ini, sepatutnya spa tersebut siap sepenuhnya pada 18 Ogos tahun lalu namun sehingga kini, spa tersebut masih belum siap malah lebih teruk lagi mengalami banyak kerosakan.

"Sudahlah tak siap, pihak kami pula terpaksa menanggung banyak kerosakan demi kerosakan sehingga menyebabkan pihak kami mengalami banyak kerugian.

"Sehingga satu ketika kami tidak dapat menerima pelanggan lagi malah ada juga yang terpaksa membatalkan tempahan pelanggan kerana kerosakan ini. Perkara ini menjejaskan perniagaan kami," ujar One.





Tambah One, setelah hampir setahun dan banyak peluang diberikan tetapi kontraktor tersebut masih tidak dapat menunaikan janjinya. Malah tidak mahu berusaha memulihkan keadaan menyebabkan One mengambil tindakan membuat laporan polis.

"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 7 Shah Alam pada Selasa. Saya memang nak saman dan biar sampai naik mahkamah untuk menuntut keadilan.

"Selain daripada menuntut kerugian, saya juga membuat laporan polis atas ugutan mereka terhadap pihak saya," jelas One lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post